Nama:Belajar Makeup Raya bersama ahli PI

Masa:9.00 pagi - 1.00 tengahari

Tarikh:3.6.2019

Tempat:Pi Felda Bersia

 

Tujuan:Merapatkan hubungan siratulrahim bersama komuniti setempat melalui kelas makeup ini.Peserta yang menyertai adalah terdiri ahli Pi Felda Bersia.

Aktiviti:Tenaga pengajar tersebut merupakan ahli pi telah berkongsi pengetahuan ilmu makeup untuk ahli lain yang ingin cantik di hari lebaran.Sebelum memulakan kelas tersebut,pserta didedahkan dengan peralatan yang diperlukan untuk bersolek.3 orang peserta dipilih untuk menjadi model sebagai demo untuk kelas tersebut.

Gambar KLIK DISINI

 

Nama:Reka sampul duit raya

Masa:9.00 pagi - 1.00 petang

Tarikh:2.6.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

Tujuan:Aktiviti ini dapat merapatkan hubungan siratulrahim antara ahli-ahli Pi bersama petugas Pi membuat sampul raya sempena hari raya Aidilfitri.

Aktiviti:Peserta yang terdiri daripada ahli Pi telah membuat sampul raya D.i.Y melalui youtube dan mengaplikasikan sampul duit raya tersebut menggunakan kertas pembalut buku.Petugas membuat demo terlebih dahulu,kemudian peserta bersama-sama ahli pi lain membuat sampul tersebut.Setiap peserta dikehendaki membuat 3 keping sampul.

Gambar KLIK DISINI

Nama:E-learning membuat ketupat hiasan daripada kertas

Masa:2.00 petang -5.00petang

Tarikh:21.5.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

Tujuan:Sempena hari raya yang akan tiba tidak lama lagi petugas bersama-sama ahli Pi telah membuat tutorial membuat ketupat daripada kertas untuk dijadikan hiasan bagi menceriakan hari raya kelak.

Aktiviti:Petugas telah memberi 2 jenis warna untuk menghasilkan beberapa ketupat kertas.Ahli Pi telah diajar terlebih dahulu menggunakan tutorial daripada Youtube langkah demi langkah supaya para peserta dapat menghasilkan ketupat yang menarik seperti dalam video tersebut.Peserta dikehendaki membuat beberapa keping ketupat setiap seorang.

Gambar KLIK DISINI

Nama:Kahoot ihya Ramadan

Masa:3.00 petang- 5.00 petang

Tarikh:23.5.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia           

 

Tujuan:Mendedahkan dan mengisi masa yang ada untuk menambahkan ilmu agama dan kemahiran tangan dalam permainan Kahoot.

Aktiviti:Petugas telah memilih Tajuk bertemakan Ramadan seperti hukum hakam tentang Puasa iaitu batal atau tidak sah dalam kita mengejar ibadah berpuasas.Rata-rata para peserta masih keliru amalan yang diamalkan tersebut sah atau sebaliknya.Dengan adanya kahoot ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara tidak langsung.

Gambar KLIK DISINI