Nama:Mesyuarat para Usahawa My Shop Felda bersia

Masa:10.00 pagi-3.00 petang

Tarikh:21.7.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

Tujuan:Melibatkan semua usahawan Pi untuk menambahkan pengetahuan tentang dunia ICT melalui pemasaran secara Online 

Aktivit:Mesyuarat ini melibatkan usahawan Pi yang untuk mempelajari ilmu Dunia ICTdengan bantuan petugas Pi  bagi memasarkan produk keluaran mereka melalui jual beli menerusi email ,facebook dan sebagainya sedikit sebanyak dapat menambahkan ekonomi para usahawan setempat.

Gambar KLIK DISINI

Nama:Bengkel dan Tutorial penjagaan muka dan asas makeup bersama MARY KAY 

Masa:2.00 petang- 6.00 petang

Tarikh:20.7.2019

Tempat:Pusat internet Felda Bersia

 

Tujuan:Mendedahkan kepada komuniti tentang penjagaan wajah serta tatahias muka yang simple menggunakan Produk MARY KAY

Aktiviti:Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada penduduk felda bersia menyertai kelas tersebut yang ratanya suri rumah.Kelas ini telah diajar oleh Diamond manager Mary kay iaitu Puan Haslina dari Lumut untuk berkongsi kebaikan dan kelebihan produk tersebut kepada wajah melalui toturial youtube .Peserta telah diberi tunjuk ajar cara untuk menjaga wajah menggunakan set pencuci muka serta tangan sebelum memulakan sesi mencuci muka secara menyeluruh.Setelah selesai mencuci wajah peserta diberi tunjuk ajar cara menghias wajah dengan menggunakan produk tersebut secara percuma sahaja sambil aktiviti soal jawab dengan pengajar tesebut.Peserta yang berjaya menjawab dengan betul serta menghias wajah  dengan menarik dan  cantik diberi hadiah berupa produk mary kay.

Gambar KLIK DISINI

Nama:Adobe Photoshop pengenalan asas kepada Adobe

Masa:2.00 petang -6.00 petang

Tarikh:10.7.2019

Tempat:Bilik Training Pi Felda bersia

 

Tujuan:Mendedahkan kepada peserta fungsi Adobe Photoshop untuk mengedit gambar,membuat poster supaya menampakkan cantik dan menarik.

Aktiviti:Peserta diberi pendedahan awal menggunakan TOOLBOX  seperti MOVE TOOL,TEXT TOOL,BRUSH TOOL ,LAYER supaya memudahkan peserta melakukan sesuatu rekaan dengan cepat.Peserta dikehendaki mencipta poster bertajuk keindahan alam.Selain itu peserta diajar cara untuk simpan file dalam bentuk File JPEG .

Gambar KLIK DISINI

 

Nama:Program Kelestarian Felda Zon Utara Perak 2019

Masa:8.30 pagi -3.30 petang

Tarikh:13.7.2019

Tempat:Dewan Semai Bakti Felda Nenering 1 .Pengkalan Hulu

 

Tujuan:Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada penduduk Felda serta menyampaikan maklumat yang betul dan tepat terutama komuniti felda dan masyarakat diluar.Felda nenering menjadi tuan rumah untuk Zon Peringkat Negeri Perak 2019.

Aktiviti:7 Pusat Internet dalam satu cluster Hulu Perak telah membuka booth pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk komuniti setempat seperti Kuiz KDB,teka bilangan `button` dalam beg,mendaftar ahli Pusat Internet dan sebagainya.Selain itu juga terdapat aktiviti senamrobik pada sebelah paginya,aktiviti mewarna bagi sekolah tadika,pelbagai agensi membuka pameran kepda komuniti felda nenering dan masyarakat setempat,selain itu juga terdapat aktiviti menarik seperti pertandingan sukaneka aspek wanita seperti memasak berhias serta pertandingan makeup .Akhir majlis telah diadakan perasmian dengan acara menanam pokok kelapa sebagai simbolik penutupan majlis serta majlis  makan bersama bersama penduduk Felda Nenering tersebut.

Gambar KLIK DISINI

Nama:Pengenalan My Komuniti dan Majlis jamuan raya

Masa:2.00 petang -6.00 petang

Tarikh:12.7.2019

Tempat :Pusat Internet Felda Bersia

 

 

Tujuan:Menjadi platform dalam mengeratkan hubungan perpaduan  antara komuniti setempat  dan menonjolkan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Aktiviti:Konsep `potluck` yang melibatkan semua AJK pi semangat jamuan aidilfitri ini secara tidak langsung dapat membina semangat kerjasama dan mengekalkan hubungan yang kuat .Pelbagai juadah  hari raya telah disediakan sesama-sama AJK Pusat Internet  .

Gambar KLIK DISINI