Nama:Upload dan Downlaod gambar daripada internet

Masa:10.00 pagi -12.30 tengahari

Tarikh:24.8.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

Tujuan:Memahirkan peserta dalam penggunaan Ict

Aktiviti:Peserta diajar cara mengambil gambar daripada sumber internet dengan cara upload dan download.Pserta dikehendaki memilih satu gambar kemudian peserta perlu download didalam file yang disediakan oleh petugas di deskop komputer.Selepas upload peserta dikehendaki Print semula gambar yang telah di SAVE dalam destop tersebut.

Gambar KLIK DISINI

 

Nama:Program lestari ICT & cakna kesihatan Pusat Internet

Masa:8.30 pagi -1.00 petang

Tarikh:22.8.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

Tujuan:Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti:Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut dengan kerjasama HOSPITAL GERIK (makmal dan darah),PEJABAT KESIHATAN HULU PERAK (KOSPEN),RELA GERIK,GPW FELDA BERSIA.Bermula dengan pendaftaran semua pengunjung dan ahli baru  ,diadakan pertandingan mengubah ulaman kampung,acara menderma darah oleh komuniti setempat,pemeriksaan kesihatan oleh kospen.Aktiviti yang lain yang turut diadakan adalah pertandingan menghias  basikal,kuiz kahoot berkaitan kesihatan,tayangan penjagaan gigi,pertandingan menaip artikel bertajuk PI dihatiku yang terdiri daripada ahli GPW.Pengakhiran majlis diadakan majlis cabutan bertuah serta hadiah pertandingan Gubahan Ulam.

Gambar KLIK DISINI

Nama:E-pembelajaran  mencari maklumat dalam internet

Masa:2.00 petang-5.30 petang

Tarikh:12.8.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

Tujuan:Internet membantu pelajar untuk mencari maklumat tambahan melalui pencarian di sumber yang dipercayai seperti artikel daripada Google.

Aktiviti:Peserta yang terdiri daripada tingkatan 2 telah mencari maklumat untuk menyiapkan kerja kursus yang bertajuk  kepentingan Internet kepada pelajar.Peserta dikehendaki mencari artikel yang boleh menyokong dan bukti dari mana sumber tersebut tentang kepentingan internet kepada pelajar disamping pelajar tersebut dapat menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan banyak artikel dan sumber-sumber yang sahih daripada GOOGLE ,BLOG ,YOUTUBE dan sebagainya.

Gambar KLIK DISINI

Nama:E-pembelajaran transfer gambar kedalam Gmail Drive

Masa:9.30 pagi- 12.00 tengahari

Tarikh:13.8.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia 

 

Tujuan:Memudahkan peserta menyimpan photo dalam kuantiti yang banyak tanpa menggunakan pendrive.

Aktiviti:Peserta diajar cara menyimpan Photo didalam gmail sendiri iaitu Gmail Drive..Kelebihan photo drive ini ,photo yang disimpan tidak akan hilang atau sebagainya kerana kita perlu membuka satu file untuk sesuatu photo.Pserta diajar cara untuk save as image sekiranya ingin mencuci atau menyimpan photo tersebut tanpa menggunakan Pendrive .\

Gambar KLIK DISINI

Nama:kahoot pendidikan jasmani dan kesihatan

Masa:3.00 petang - 5.00 petang

Tarikh:6.8.2019

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

Tujuan:Mendedahkan kepentingan kebersihan diri serta menerapkan sikap pembersih.

Aktiviti:Kelas kahoot ini tentang kepentingan kebersihan tubuh badan serta kesihatan.Peserta sambil memberi jawapan petugas melakukan sesi soal jawab sekira peserta tidak memahami maksud yang ditanya.

Gambar KLIK DISINI