CELIT IT- BENGKEL MENGEDIT GAMBAR

 NAMA:Muhammad Aliff Syakir Bin Rosli

UMUR:14 Tahun

AHLI :2015

Latar belakang

 Muhammad Aliff Syakir Bin Rosli seorang pelajar tingkatan 2 dan seorang yang pendiam

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Seorang yang sangat pendiam dan sangat minima pada komunikasi pada sesiapa walaupon kawan sendiri. Lebih banyak melayan membuat hal sendiri.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Suka untuk melibatkan diri dengan semua aktiviti dan program yang dianjurkan. Menyertai hampir semua kelas yang disediakan dan juga pertandingan-pertandingan yang diadakan. Jika kelapangan sering melayari laman web pembelajaran dan kerajaan. Semakin bijak seiring usia.

 celit it Q4 2019

Pegawai Insurans (Etiqa-Takaful)

 NAMA:Natashah Azlin Jallaludin

UMUR: 33 Tahun

AHLI :2016

Latar Belakang

beliau pernah bekerja sebagai ketua operasi di EON Mall Manjung dan berhenti kerja setelah berkahwin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 beliau hanya berurusan dengan kawan-kawan yang bekerja di EON dan dikalangan keluarga sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau telah mula dikenali oleh penduduk disekitar Gerik, telah mula mempromosi di laman Facebook page, Whatapp dan juga jumpa secara berdepan dengan orang luar.

Apa yang dipelajari melalui PI

Dengan adanya pusat internet ini banyak membantu beliau dari segi urusan berkaitan internet dan pengurusan dokumen,dan pusat internet juga sebagai tempat untuk mengemaskini segala maklumat pelanggan dan urusniaga kerana internet yang sangat membantu setiap kali urusan atau pendaftaran baru

image1

BELAJAR UNTUK MENGEDIT GAMBAR DALAM ADOBE PHOTOSHOP

 Nama:Siti Nur Baina

 Umur:18 Tahun

 Ahli:2017

 

Latar Belakang

Adik Siti Nur Baina merupakan remaja yang masih lagi menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi selepas SPM dan sementara itu beliau tidak membuang masa begitu sahaja beliau membuat kerja separuh masa di Aiskrim gulung di Pekan Gerik sambil itu mengambil kesempatan untuk belajar ICT di Pusat Internet Felda Bersia.

Sebelum penggunaan ICT /penglibatan PI

Seorang yang sangat minima ilmu tentang ICT dan tidak mendapat pendedahan yang sepatotnya samaada dirumah mahupun di sekolah

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Sudah memperolehi sijil asas komputer dan juga sijil khas kerana mengikuti kelas Adope Photoshop selepas berjaya menjalani kelas selama hampir seminggu di Pusat Internet Felda Bersia. Beliau kini sudah makin mahir dalam asas komputer dan sedikit ilmu pengimejhan dan mengedit gambar

 

Usahawan atas talian 

 NAMA:Muhammad Nor Hisyam

UMUR:30 TAHUN

AHLI:2014

Latar Belakang

Beliau bekerja sebagai pembuat air di kedai makan di dalam Felda ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI belaiu hanya menjual melalui facebook dan kawan-kawan secara ‘offline’Beliau menjual pelbagai jenis perkakasan memancing.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Selepas penggunaan ICT beliau sudah mahir selok belok meniaga atas talian melalui laman sesawang ‘shopee’, facebook dan juga whatapp. Dari pendapatan hanya sekitar bawah Ringgit Malaysia Seribu, kini telah mencapai hamper Ringgit Malaysia Dua Ribu malah lebih lagi.

Apa yang dipelajari melalui PI

Mempelajari cara membuat pemasaran online disamping mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi dan turut mempelajari cara mempromosi barangan jualan

image1 1

MENJUAL MAKANAN  DAN MINUMAN 

 Nama: Pn Rosmaria Susanti Binti Mohammed Isa

 Umur: 37 tahun

 Ahli: 2017

 

Latar belakang

Puan Rosmaria lebih dikenali sebagai kak Ros merupakan usahanita yang telah lama berniaga secara kecil-kecilan di sini. Ibu kepada tiga orang anak yang masih bersekolah merupakan seorang wanita yang hebat dan rajin

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Skop pelanggan yang kak Ros hanya pada yang mengenali dan pada anak sekolah kerana gerai kak Ros pada laluan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Kak Ros telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana kak Ros akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan.Dengan sifat ramah dan tidak sombong kak Ros yang mudah mesra sudah mempunyai pelanggan di sekitar kawasan Felda Bersia selain dari menu yang disediakan makin pelbagai dan sentiasa ada menu istimewa. Kak Ros mula mempromosi perniagaan dalam laman sosial seperti ‘my shop’ Dashboard PI dan Facebook dan mula mendapat sambutan yang mengalakkan.