MENJUAL PELBAGAI PERHIASAN DAN PAKAIAN

 Nama:Pn Manissah Binti Mat Yusoff

 Umur:31 Tahun

 Ahli:2014

 

Latar belakang

Seorang yang bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri mula berjinak-jinak dengan menjual secara atas talian dari 2014 walaupon mendapat tentangan dari masa sebagai seorang guru

Sebelum penggunaan ICT /penglibatan PI

Beliau hanya seorang pekerja makan gaji

Selepas penngunaan ICT/penglibatan PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada awal 2014 untuk kelas komputer tetapi akibat kekangan masa beliau kerap tidak dapat menyertai kelas.Walaubagaimanapon bermula tahun 2015 beliau mula hadir Pusat Internet Felda Bersia untuk memulakan perniagaan atas talian (facebook) walau tidak mengikuti kelas yang petugas adakan tetapi beliau tetap hadir dan bertanya jika mengalami masalah berkaitan komputer/perniagaan untuk minta pendapat.Kini 2017 beliau makin aktif dan mahir malah mendapat keuntung gan lebih 50% dari asal berniaga.

BELAJAR MENAIP DAN MELAYARI INTERNET

 Nama:Mohd Haziq Hakimi

Umur:18 Tahun

Ahli:2017

 

Latar belakang

Adik Mohd Haziq Hakimi merupakan remaja yang masih lagi menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi selepas SPM dan sementara itu beliau tidak membuang masa begitu sahaja beliau membuat kerja separuh masa di kedai makan di kampung dan sambal itu mengambil kesempatan untuk belajar ICT di Pusat Internet Felda Bersia.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Seorang yang sangat minima ilmu tentang ICT dan tidak mendapat pendedahan yang sepatotnya samaada dirumah mahupon di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Sudah memperolehi sijil INTEL selepas berjaya menjalani kelas INTEL selama hampir seminggu di Pusat Internet Felda Bersia. Beliau kini sudah makin mahir dalam asas komputer dan sedikit ilmu pada ‘shortcut di keypad’.

SEORANG YANG SUKA DAN MAHU BELAJAR ICT WALAUPUN KADANG ADA KEKANGAN DARI KELUARGA ,WANG DAN SEKOLAH

 Nama:Siti Humairah Bt Mohd Sabri

Umur:12 tahun

Ahli:2014

 Latar belakang

Adik Humairah seorang yang pendiam dan mula menunjuk minat pada ICT sewaktu mengikut abang nya dating ke Pusat Internet Felda Bersia tetapi mengambil masa selama hampir 2 bulan untuk menjadi ahli PI kerana membuat bayaran keahlian secara ansuran dan kekangan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Seorang yang sangat pemalu dan tidak berani untuk mencuba. Tidak berani untuk gerakan tetikus apatah lagi menekan untuk melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Sudah mempunyai akaun sosial ‘facebook’ sendiri, kerap mengikuti kelas di PI, rajin bertanya dan sentiasa cuba hadir dan mengikuti setiap kelas, program atau pertandingan yang petugas sediakan. Sudah menjadi ahli PI selama 3 tahun dan aktif sehingga kini.

 

 

PENGUSAHA MAKANAN 

 Nama:Pn Rozita Binti Mohamed Isa

 Umur:42 Tahun

 Ahli:2017

Latar belakang

Puan Rozita atau lebih mesra dengan panggilan kak Ita seorang yang ramah dan bersemangat dalam berniaga. Kak Ita mula meniaga lauk pauk untuk makan tengahari di kedai adik-nya di dalam Felda Bersia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Skop pelanggan yang beliau ada hanyalah yang menjadi kebiasaan, orang yang sama dan pelanggan yang sama. Pendapatan juga kadang bergantung pada hari dan cuaca.

Selepas penggunaan ICT /PENGLIBATAN PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana beliau akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan. Dengan sifat ramah dan tidak sombong beliau yang mudah mesra sudah mempunyai pelanggan di sekitar kawasan Felda Bersia selain dari masakan beliau yang segar dan sedap. Tetapi kini setelah beliau mula mempromosi perniagaan beliau dalam laman sosial seperti ‘my shop’ Dashboard PI dan Facebook, masakan beliau turun manjadi tumpuan dari guru-guru sekolah dan juga ketua-ketua jabatan untuk majlis-majlis tertentu.Pendapatan pula sudah menunjukkan keberkesanan dan boleh mula tersenyum gembira.

 

MENGUSAHA KUIH TRADISIONAL

 Nama:Pn Aishah Rodiah Bt Shaharuddin

 Umur:40 Tahun

 Ahli:2017

Latar belakang

Seorang surirumah yang bercita-cita tinggi disamping membantu kewangan keluarga, Pn Aishah seorang yang rajin dan minat yang mendalam pada kuih tradisional membuat beliau berkeputusan untuk turut sama berkongsi dengan masyarakat masa kini yang rata-rata lebih ‘moden’ walaupon dengan kuih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dikawasan Felda Bersia dan sekitar Gerik juga hanya pada ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana beliau akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan.Beliau juga kini telah melangkah lebih laju dan jauh dengan mempromosikan kuih beliau di laman sosial seperti facebook, dan mula mendapat sambutan dari majlis-majlis kenduri kahwin untuk ‘door gift’, ‘raya’ dan majlis-majlis tertentu.